Saturday, April 11, 2009

Insan Berdosa

Aku tak tahu kenapa aku tidak tetap pendirian...
sekejap insaf..sekejap buat...padahal aku dah tekad taknak buat lagi..
kenapa aku begini Ya Tuhanku??......
Lemahnya Aku ini...manusia yang sentiasa mudah tergoda...

Jiwa aku mudah terpengaruh...ati aku mudah tergoda...
perasaan aku mudah terhiris...lemahkah aku ini?
sampai bila aku boleh benar-benar berubah Ya Tuhanku...???
Apa yang aku kejari dan mencari sebelum aku benar2 berubah??

Ya Tuhanku...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang aku inginkan...
aku sentiasa minta dari Engkau Ya Tuhan...jauhkan aku dari pujuk rayu syaitan...
Tapi......... aku tewas jua.....aku berdosa....aku manusia berdosa....
Ampunkanlah aku....Ampunkanlah aku Ya Tuhanku.....

Aku takut dengan-Mu Ya Tuhanku...
Aku takut pada azab kubur dan Neraka-Mu.....
Aku sentiasa minta dari-Mu agar dijauhkan semua itu....
Tolonglah aku Ya Tuhanku..Ampunkanlah segala dosa-dosaku.....

Thursday, April 9, 2009

Sandiwara Cinta

Bila Debunga Cinta..
Gugur Layu Terkulai..
Sepi Menyelubungi Hatiku Yang Kini Melara..
Pudar Bersama Masa..Cinta Semusim Kita...
Yang Tak Bisa...Bertaut Kembali....

Telah Aku Menduga...
Tiada Indah Mewangi...
Hanya Bersandur Dikau..Berpura Cinta Dan Berbudi...
Bukan Membalas Cinta...Yang Lahir Dari Hati..
Mu Yang Suci..Cinta Yang Abadi....

oh..Tak Ku Menduga..Mengapa...
Bisa Terjadi Sebegini...
Ku Fikir Selama-selama Ini Cinta Kita..
Hati Ke Hati...

Dimana Janjimu..Katamu...
Akulah Milik Mu Abadi...
Oh..Tak Mungkin Ini Hanyalah..
Semata-mata Sandiwara...

Jika Itu..Kehendakmu..
Mungkin Nanti....
Satu Waktu....
Kau Kan Sesal...
Hingga Ke Hayatmu.....

Wednesday, April 1, 2009

Asal kejadian manusia

“APAKAH Engkau akan menjadikan manusia yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di dalamnya, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau,” demikian pertanyaan malaikat kepada Allah kerana terkejut dengan pengisytiharan-Nya yang mahu menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi.

Namun, selepas itu malaikat akur keputusan itu.Kemudian Adam diciptakan, iaitu daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah, Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian meniupkan roh ke tubuhnya.Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia, merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.

Apabila penciptaan Adam sempurna, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepadanya sebagai memulia dan menghormatinya.Perkara ini dapat dilihat melalui ayat 28 hingga 29 surah Yusuf, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

”Selepas itu Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, yang menjadi asas ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup di bumi. Apabila Adam mendapat ilmu, Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki darjat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat. Lalu malaikat berkata: “Sungguh kami menyucikan Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau ciptakan.”

Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat 31 hingga 33. Semua malaikat akur dengan perintah Allah dan sujud kepada Adam. Bagaimanapun, iblis dengan angkuh dan sombong enggan berbuat demikian. Iblis memberikan jawapan kepada Allah kononnya dia lebih mulia daripada Adam. Menurut iblis, dia diciptakan daripada api, manakala Adam daripada tanah. Justeru, iblis menyangka dirinya lebih bermaruah dan mempunyai kedudukan tinggi daripada Adam. Melihat gelagat iblis yang bongkak itu, Allah melaknat iblis dan mengusirkannya dari syurga untuk selama-lamanya.

Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu ia menyatakan permohonan kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat. Iblis juga bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar, dengan mendatangi mereka (manusia) dari setiap penjuru untuk mengawasi kelemahan dan kecuaian mereka, sehingga mengheret ke lembah kesesatan dan derhaka kepada Allah.Permohonan itu dikabulkan, namun Allah turut mengutuk iblis, melalui firmanNya:

“Keluarlah kamu dari syurga ini dengan keadaan yang hina, kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku dan Aku bersumpah akan memenuhi jahanam dengan kamu sekalian dan orang yang mengikutimu.”

Selepas iblis diusir dari syurga, Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu, Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1.

Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun, Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah memakan buahnya. Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah.Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun tertinggal, melainkan mahkota.Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah.

Inilah permulaan munculnya maksiat.” Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”Di syurga Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah, sehingga Adam mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”Lalu Allah berfirman: “Wahai Adam, adakah kamu melarikan diri dari-Ku?” Adam menjawab: “Tidak, tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhan!”Kemudian Allah mewahyukan kepada dua malaikat, supaya mengeluarkan Adam dan Hawa dari sisi-Nya, kerana telah menderhakai-Nya.

Tanpa berlengah, Jibril melepaskan mahkota di kepala Adam, manakala Mikail mencabut mahkota di keningnya. Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari.

Pada hari ketujuh Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?“Adam berkata: “Sungguh besar musibah, wahai Tuhan. Aku diliputi kesalahanku sendiri dan aku keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku berada di tempat kehinaan, sebelumnya aku berada dalam kemuliaan. “Aku berada di tempat celaka, sebelumnya aku dalam kebahagiaan.

Aku berada di tempat sukar, sebelumnya aku dalam kemewahan. Aku di tempat bencana, sebelumnya aku dalam keselamatan. “Aku sekarang berada di tempat yang akn musnah setelah berada dalam ketenangan. Aku sekarang berada di tempat yang hancur setelah berada di tempat kekal abadi dan aku sekarang berada di tempat yang penuh penipuan setelah berada dalam keamanan. Tuhanku, tentu saja aku menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku sendiri?” Allah berfirman kepada Adam:

“Bukankah Aku telah memilihmu untuk diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku memilihmu atas semua makhluk-Ku, Aku mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu, Aku mencurahkan kecintaan-Ku terhadap dirimu, Aku memberi peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku?Bukankah Aku menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku memerintahkan malaikat supaya sujud dan bukankah Aku menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku.

Kamu menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan mensia-siakan wasiat-Ku? Bagaimana sekarang kamu akan memungkiri seksaan-Ku?Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya bumi ini penuh dengan orang seperti kamu, di mana (mereka) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada hentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku. Aku akan memberikan tempat kepada mereka seperti tempat orang yang derhaka.

Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari kejatuhan, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang tulus dan Aku mengampuni dosamu.”Lalu disuruh-Nya Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”

Kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan). Di sanalah Adam tinggal dan seterusnya mengembangkan keturunannya.

Taubat Seorang Wanita Buta...

Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat.

" Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?" "Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya.

Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu. Saleh pun ikut menangis karena sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu. "Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku.

Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu. Lalu Saleh membacakan ayat yang artinya: "Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91) "Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya.

Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga. Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?" Perempuan itu menjawab:

"Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."

JANJI BERTEMU DI SURGA

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja' bin Amr An-Nakha'i, ia berkata: "Adalah di Kufah, terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia mampir berkunjung ke kampung dari Bani An-Nakha'. Dia melihat seorang wanita cantik dari mereka sehingga dia jatuh cinta dan kasmaran.

Dan ternyata, si wanita cantik ini pun begitu juga padanya. Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang melamarnya dari ayahnya. Tetapi si ayah mengabarkan bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Si wanita akhirnya mengirim pesan lewat seseorang untuk si pemuda, bunyinya, 'Aku telah tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu.

Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku'. Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, 'Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu:
''Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar. (Yunus: 15).

Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.'
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: "Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa kepada Allah dari orang lain.

Semua hamba sama-sama berhak untuk itu." Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia karenanya.

Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke kuburannya, dia menangis dan mendo'akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburannya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya: "Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?"
Dia menjawab:

"Sebaik-baik cinta wahai orang yang bertanya adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat menggiring menuju kebaikan".
Pemuda itu bertanya: "Jika demikian, kemanakah kau menuju?"
Dia jawab: "Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Surga kekekalan yang dapat kumiliki dan tidak akan pernah rusak."

Pemuda itu berkata: "Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu." Dia jawab: "Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah Subha-nahu wa Ta'ala) agar kita nanti bisa dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah."
Si Pemuda bertanya: "Kapan aku bisa melihatmu?" Jawab si wanita: "Tak lama lagi kau akan datang melihat kami.

" Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadiratNya, meninggal dunia.

Nabi Isa a.s. Dengan Si Rakus

Dahulu ada seorang lelaki yang datang kepada nabi Isa a.s., ia ingin sekali bersahabat dengan beliau, kerana itu ia berkata : .... "Aku ingin sekali bersahabat denganmu kemana saja engkau pergi." Jawab Isa a.s.: "Baiklah kalau demikian.

"Pada suatu hari berjalanlah keduanya di tepi sungai dan makanlah berdua tiga potong roti, Nabi Isa a.s. satu potong dan satu potong untuk orang itu, sisa satu potong. Kemudian ketika Nabi Isa a.s. pergi minum ke sungai, dan kembai roti yang sepotong itu tidak ada, lalu beliau bertanya kepada sahabatnya: "Siapakah yang telah mengabil sepotong roti ?

" Jawab sahabat itu: "Aku tidak tahu."Maka berjalanlah keduanya, tiba-tiba melihat rusa dengan kedua anaknya, maka dipanggillah salah satu dari anak rusa itu lalu disembelihnya dan dibakar. Kemudian dimakan berdua, lalu Nabi Isa a.s. menyuruh anak rusa yang telah dimakan itu supaya hidup kembali maka hiduplah ia dengan izin Allah, kemudian Nabi Isa a.s. bertanya:

Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Jawab sahabatnya: "Aku tidak tahu."Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa a.s. memegang tangan sahabatnya itu dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi:

"Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Sahabat itu menjawab: "Aku tidak tahu."Kemudian berjalanlah keduanya ketika berada di hutan dan keduanya sedang duduk-duduk, Nabi Isa a.s. mengambil tanah dan kerikil/anak batu, lalu diperintahkan: "Jadilah emas dengan izin Allah." Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bahagian, kemudian beliau berkata: "Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti." Serentak sahabat itu menjawab: "Akulah yang mengambil roti itu.

" Nabi Isa a.s. berkata: "Maka ambillah semua bahagian ini untukmu." Lalu keduanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi oleh dua orang yang akan merampok harta itu dan membunuhnya lalu orang itu (sahabat Isa a.s.) berkata: "Lebih baik kita bagi tiga saja." Ketiga orang itu menjadi setuju, lalu menyuruh salah seorang pergi ke pasar berbelanja makanan, maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya: "Untuk apa kita membagi wang/harta, lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja biar keduanya mati, dan ambil semua harta itu." Lalu diberinya racun makanan itu.

Sementara orang yang tinggal itu berkata: "Untuk apa kita membagi harta ini, lebih baik jika ia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua." Maka ketika datang orang yang berbelanja itu, segera dibunuh oleh keduanya, lalu hartanya dibagi menjadi dua, kemudian keduanya makan dari makanan yang telah diberi racun itu, maka matilah keduanya, dan tinggallah harta itu di hutan, sedang mereka mati di sekitar harta itu.Kemudian ketika Nabi Isa a.s. berjalan di hutan dan menemukan (melihat) hal itu, maka iapun berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu kepadanya."

Berkat Kejujuran

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan.

Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad. Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya.

Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu. Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya.

Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Moral & Iktibar Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.

Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup. Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain. Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.

KISAH RAJA DHOLIM DAN RAJA BIJAKSANA

Rasulullah pada suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat dzalim.Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahwa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar kabar ini. Meskipun raja menyadari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib.... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, yaitu obatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Karena itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak..! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat...

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat;sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

"Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Karena itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, karena itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, karena hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.Pelajaran pertama adalah: Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga; sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita bila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah: Bila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lezatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu karena orang itu telah berbuat kekeliruan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Manusia dituntut supaya tabah hadapi ujian hidup di dunia

MANUSIA berketrampilan dan berinovasi sentiasa sabar menghadapi apa juga konflik sama ada dalam rumah tangga, di tempat kerja mahupun apabila difitnah orang yang buruk sangka. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah instrumen paling penting untuk setiap makhluk ciptaan-Nya menghadapi ujian yang Dia berikan demi menguji keimanan.

Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Allah ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat Allah.

Firman-Nya yang bermaksud:
“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)


Sering kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah hingga kadangkala kita sudah tidak mampu mendengar perkataan sabar apabila terlalu sering diulang oleh taulan yang tidak tahu memikirkan jalan penyelesaian masalah dihadapi.

Banyak kali pula kita meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan, ketika mereka sudah tidak ingin mendengar lagi apa yang ingin kita katakan kerana tekanan perasaan.

Sunday, March 29, 2009

Malaikat Mikail

Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faron.

Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka. Setiap muka malaikat Mikail ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan.

Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa.

Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.

Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini.

Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun. Imam Ahmad rah. dengan sanadnya, dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail:

"Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab:

"Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" Wallahu'alam.

Mahal oooii...




Saturday, March 28, 2009

Lambaian Keinsafan Dari Ilahi

Assalamualaikum.....

Disini aku ingin berkongsi sedikit cerita dan pengetahuan kepada korang2 semua..
Sebelum aku mengutarakan lebih panjang.. sama2lah kita renung siapa diri kita...
Kekalkah kita di dunia yg penuh pancaroba??
Sentiasa senangkah kita di alam maya ini??
Apakah kita tidak akan kembali kpd Yang Maha Agung??
pandanglah melalui mata hati..bukan melalui mata nafsu..

Aku berlindung dari syaitan yang direjam...
Moga dosa2 ku diampunkan andai terkasar bahasa dan tersilap pandangan...
Amin....

Hidup kita adalah sementara..dalam kehidupan ini..
Allah memberi peluang kpd kita untuk merasai kenikmatan hidup..
Disamping itu, kita dikehendaki belajar, bekerja, saling membantu dan berbuat baik..
Kita jangan lupa, kita adalah khalifah di dunia ini..
Kita dikehendaki menjaga dan memelihara alam ini dengan makmur...
Kita diminta untuk bertakwa dan beriman kepada-Nya..
Sungguh indah bila kita mengetahui dan nampak keagungan-Nya...

Wahai manusia..
sedarlah.. fikirlah...renungilah...
Kita tidak kekal di dunia ini...kita akan dikembalikan pada Yang Maha Pencipta..
Janganlah terkejar-kejar pada kemewahan dunia semata-mata..
Adilkanlah dalam mencari kemewahan...
Dunia dan Akhirat....
Sesungguhnya alam Akhirat adalah penentuan segala-galanya..

Aku terfikir untuk menasihati semua..
Aku takut,, dengan apa yang aku tahu ini,aku tidak memberi peringatan kpd yg lain..
Aku takut di hadapan-Nya nanti, aku dipersoalkan tentang peringatan ini..
Ya Tuhanku... semoga Engkau memberkati aku Dunia Akhirat....

Aku adalah manusia sama seperti korang semua...
punyai nafsu, dan keinginan...
Aku akui aku bukan manusia sempurna 100 peratus...
Yang perfect sekali adalah penghulu kita...
Nabi Muhammad SAW......
Moga Allah memberkati Baginda, keluarga dan para sahabatnya..

Janganlah kita lupa untuk mengucap tasbih kpd Allah..
Janganlah pula kita lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW..
Ingatlah... di akhirat nanti.. Nabi Muhammad lah yang akan menangis meminta umatnya diselamatkan dari kesengsaraan Hari Pengadilan...
Sungguh suci dirimu Ya Nabi Allah...

Aku bersyukur dengan hati yang tulus...
Kerana Aku dilahirkan dalam Islam..
Dalam agama yg diredhai Allah..
Kekalkanlah hati dan Keimanan ku Ya Tuhan...
Matikanlah aku dalam keimanan kepada-Mu..
Janganlah matikan aku dalam kekafiran dan hilang petunjuk-Mu...

Moga Engkau limpahkan Rahmat dan Keredhaan kepada Hati semua umat Islam, samada yang masih hidup atau yang telah kembali pada-Mu....
Amin...Amin...Amin....



Ingin ku katakan, terima kasih Ya Tuhanku...
Aku terasa sedikit lega dan senang hati...
Dua minggu sekurang-kurangnya aku hidup kesepian, hati yang lara..
Hari ini, aku terasa ada lagi keyakinan dan semangat....

Aku mengalami gangguan emosi dan jiwa...
Aku tertekan...tertekan mengapa aku mesti di hukum...
( hukum kat sini bkn kena rotan or masuk penjara,hehe..)
Kelukaan yg begitu menyentuh hati seorang lelaki...

Aku sedar.. aku sebelum ini jauh dengan kesyukuran nikmat-Nya..
Aku lupa...segala kenikmatan dan kekuatan diri adalah dari-Nya..
sekarang, aku sedar.. itu hanya bersifat sementara...
Terima kasih Ya Tuhanku.. Engkau telah memberi kesedaran awal padaku..

Bismillahirrahmanirrahim...

" Ya Allah Ya Tuhanku.. dengan hati yang tulus dan rendah diri..
Aku mohon drpd-Mu keampunan dari segala dosa dan kekurangan diriku..
Aku sedar, aku banyak melakukan dosa terhadap-Mu...
Ku mohon drpd-Mu ya Tuhanku.. ampunkanlah dosa-dosa ku..
Kerana Engkau sahajalah yang Maha Pengampun..

Ya Allah,Tuhan yang menguasai Arays.. dengarkanlah rintihan hati hamba-Mu ini..
Hidupku hanyalah sementara di dunia ini... Ku pohon dari-Mu, berikanlah
Kesempatan untuk aku merasai kebahagiaan dan ketenangan dengan ' Teman Hatiku'..
Ku mohon agar Engkau kekalkanlah hati kami Dunia Akhirat..
Ya Tuhanku.. Engkau telah menanamkan begitu besar dan dalam perasaan
Cinta, rindu, dan sayang antara sesama manusia.. Maka ku pohon dari-Mu..
janganlah lagi Engkau pisahkan hati setelah Engkau menemukan aku dengannya...
Jadikanlah dia wanita terakhr dalam hidupku untuk ku bercinta, menjadi
Suaminya dunia akhirat..
Jadikanlah aku lelaki terakhir dalam hidupnya, tempat dia bercinta,
Dan menjadi suaminya dunia akhirat..
Ya Tuhanku.. Perkenankanlah permintaan hamba-Mu yang menyesali segala dosanya..

Ya Tuhanku.. ampunkanlah dosa kedua Ibu-Bapa kami..
Limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu ke atas Ibu-Bapa kami..
Jauhkanlah azab kubur dan neraka dari keluarga kami..
Tempatkanlah keluarga kami di sisi Engkau bersama orang yg Engkau redhai...

Ya Tuhanku..Ampunkanlah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat
Samada yang telah tiada atau yg masih ada..
Kembalikanlah kekuatan umat Islam semula demi-Mu ya Tuhanku..
Limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu ke atas semua umat Islam
Samada yang masih hidup atau yg telah meninggal dunia...

Ya Tuhanku...semoga Engkau mendengar dan perkenankan hajat hamba-Mu ini..
Moga keberkatan-Mu mengiringi segala hajatku ini...
Berikanlah kepada ku dan kawan-kawanku kejayaan dalam menimba ilmu
di Universiti Malaysia Sarawak ini...''

Amin..Amin..Amin..

( kpd kawan2 yg mmbaca luahan isi hati ini,doa2kanlah aku jua..kerana kesetiaan adalah kunci kejayaan dunia akhirat..moga kita semua ditempatkan dalam syurga yg penuh dgn Kenikmatan
abadi..)

Wednesday, March 18, 2009

SIAPA YG RAMPAS CINTAMU.....

Harapan hatiku ingin hidup bahagia..
Tetapi mengapa sering saja..
Hati ini diluka...
Baru ku cuba..nak bercinta..
Lalu kau pun membuat angkara..
Mengapa mesti..aku yg menjadi mangsa...

Harapan untuk kekalan..hanya tinggal igauan..
walaupun telah aku bertahan..
Tapi apakan daya..retak akhirnya kasih kita
Tanpa ku tahu apa puncanya..
Mudah benar kau..
Mematah dahannya asmara...

Sampai bila harus diri ku begini..
Oh kekasih sampai bila mesti kau dera hatiku..
Dimanakah janjimu yg kau tabur dulu..
Sebelum ku serahkan cinta..
Betapa hancurnya hatiku...

Siapa yg ganggu hatimu..
Siapa yg rampas cintamu..
Katakan padaku..
Biarlah jelas segalanya...

Siapa yg sedang kau sayang..
Siapa yg sedang kau buru..
Berterus teranglah..
Dari kau terus menyiksaku...

Kenangkanlah setiap kali pada org kita sayangi......

Saturday, March 14, 2009

SETELAH ENGKAU KU MILIKI...

Mereka lihat ku tersenyum..
Gembira bagai tiada duka..
Begitu indah dipandangan..
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar...

Setelah engkau ku miliki..
Mana janjimu yang sejati..
Segala bagai kiambang..
Zahirnya nampak berkembangan..
Adakah jejak di dasaran..
Perlukah cinta mu itu...

Jelmaan yang mendatang..
Meragut menggoda..
Membenang binasa cinta..
Engkau digenggaman...
Aku lepaskan kerna memburu khayalanku..
Yang menjanjikan rembulan keribaanku aku kecundangan...

Tidakku mampu membencimu..
Biarpun cuba ku lepaskan..
Tapi rantaimu mengunciku..
Di kota cinta jelmaanmu..
Tidakku rela dibinasa..
Bersama cinta mu itu....

( Luahan hatiku; lagu SALEM )

Friday, March 13, 2009

Cinta Manusia..Agungnya Maha Pencipta

Assalamualaikum....

Setiap manusia yg dijadikan mempunyai sifat lemah, kasar, kuat dan berani.. Tuhan menjadikan setiap manusia cukup sempurna...punyai fikiran yang dapat membezakan yang baik dan yang buruk...

Setiap manusia yang dijadikan mempunyai satu organ yang paling sensitif...berlemak,hitam... namun di dalamnya disitulah Maha Pencipta menanamkan satu " Perasaan " yang dapat manusia merasai .. sedih..gembira..suka..duka..pahit..manis...pedih...

Ya Allah.... betapa agungnya setiap apa yang Kau jadikan..betapa aku bersyukur dengan segala nikmat dan kesempatan hidup yang Kau berikan padaku... Kau telah menanam satu perasaan yang cukup aneh.. tetapi ia menjadi buruan setiap yang bergelar manusia.. iaitu...cinta.

Kau jadikan hatiku begitu setia pada gelaran Cinta ini... Kau jadikan hatiku begitu lembut.. jiwaku begitu mudah tersentuh kerana panahan Cinta...pada manusia... Ya Allah... aku bersyukur krn ini sifatnya yang Kau berikan padaku... Kau jadikan hatiku sukar tuk berpisah dengan orang yang telah Kau tentukan.. begitu kuat ikatan yang Kau tanamkan dalam hatiku..

Ya Allah..

aku sebagai insan yang terlalu kerdil dan hina... memohon agar apa yang telah Kau tanamkan dalam hatiku ini untuknya... Kau kekalkanlah sebagai satu ketetapan dari-Mu sebagai jodoh hingga ke akhir hayatku... izinkanlah aku terus menikmati perasaan yang Kau telah tanamkan dalam hatiku ini buat sementara waktu di dunia yang sementara ini bersama dengan teman dan suri hatiku yang Kau pertemukan denganku...

Janganlah Kau pisahkan hati kami...Janganlah Kau pisahkan hati kami.... Aku berdoa dengan tulus hati... agar biarlah ia hanya dipisahkan hanya dengan ketentuan ajal maut sahaja... Kau telah jadikan hatiku sebagai ' SETIA ' pada Cinta manusia... jadikanlah hati kami umpama hati bapak dan ibu kami... iaitu Nabi Adam as dan Siti Hawa.... jadikanlah hati kami saling setia mengikat tali percintaan dua manusia yang telah Kau tentukan jantina yang saling memerlukan...

Cinta ini mengajarku erti sebuah perhubungan antara dua hati lainan jantina... setiap perhubungan.. pasti ada ujian dan dugaan dari-Mu...... ujian tuk menguji kesetiaan hati dan kejujuran perasaan terhadap dua pasangan... namun bagiku...itu semua bagaikan sebuah pedang yang tajam sedia untuk mencincang-cincang naluri hatiku secara batin...

Betapa Kau mengetahui Ya Allah apa yang aku rasai sekarang..... semoga Kau kuatkan hatiku untuk menempuh segalanya dan mempertahankan Cinta dan jodoh yang Kau ketemukan aku dengan dia..... Amin.....

Tuesday, March 3, 2009

Something wrong...


C-hatnye Dp aku
ni....

Thursday, February 26, 2009

Pelakon Aku DAaa...


garangnye ibu tiri ni kan ???

Fucker Man..!!!


Hitam & Putih......heeeee
















Miss Universe


Very cute Ah Bun....hehehe

Wednesday, February 25, 2009

im so lega...

lega yg teramat ngat...yelah..Shooting aku dah habis...cmer tunggu tuk editing je...aku nak ngat siapkan cepat2 editing aku ni...nak tgk pe kptsn yg aku blh...hahahahaha......

My Shooting

Assalamualaikum... n salam sejahtera....

Tq tuk all my crews coz telah bersusah payah menolong gua mentiapkan projek akhir... first, bersyukut aku ke hadrat Ilahi krn telah menolong aku menyiapkan projek ini...

byk peristiwa suka duka sebelum n selepas shooting ini...xpelah, aku ceritakan sedikit memori indah ketika aku n all my crews sedang shooting...masing2 enjoy.. msg2 penat..tapi...aku bangga dgn kwn2 aku yang tlh membantu dari awal hingga akhir penggambaran....

moga berjaya tuk PTA aku sendiri....tq skli lg tuk all my crews....

Monday, February 9, 2009

Minggu Shooting...

kepada bro2 yg sekaki dlm shooting...gua tau lu smua pnat gilak..hahaha..sama la gua pun..tolong menolong tuk member's sendiri..,xkisahkan???tapi,,time kita puolak,,lu kena tolong juak la,,,...hahaha

Wednesday, January 28, 2009

my new head of department

hai... xsangka aku n my the geng yg bwh pentadbiran ini terkezut beruk n terkilan...yelah, dahla sem ni kiteorang dah last, n kena wat projek besar la katakan...huhuh...tapi mslhnya,, Die ni tak reti baso..ikut kepala dio jah..

tertekan ooii... lect. nak yg terbaik, tp Die ni nak halang je budak2 aku...sedih tau....bangang ni...

Wednesday, January 21, 2009

Terbelakah Nasib Palestin??!

Salam muhibah..terfikirkah kita tntg nsib yg melanda Palestin?setiap hari, pasti ada korban jiwa yg xmgnli peringkat usia..Zionis!! kejam!!Zionis!!Binatang!! ...Allah S.W.T telah berfirman.." Tidak sesekali Aku mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri.."(mga Diampunkan atas kesilapanku).

kepada yg terfikir akan firman ini, pasti akan terfikir untuk mengubah segla kekurangan yg trdpt dlm diri sendiri..kita berusha untuk memajukan diri kehadapan..mencapai cita2 demi keluarga yang mengharapkan kejayaan kita..yang plg utama,,ingatlah asal usul kita..siapa Pencipta kita..

fikirlah....renungilah.....

Pta ooo PTA...

aku sakit kepla sbnrya ni...yelah, dok mikir benda ni je..