Saturday, March 28, 2009

Ingin ku katakan, terima kasih Ya Tuhanku...
Aku terasa sedikit lega dan senang hati...
Dua minggu sekurang-kurangnya aku hidup kesepian, hati yang lara..
Hari ini, aku terasa ada lagi keyakinan dan semangat....

Aku mengalami gangguan emosi dan jiwa...
Aku tertekan...tertekan mengapa aku mesti di hukum...
( hukum kat sini bkn kena rotan or masuk penjara,hehe..)
Kelukaan yg begitu menyentuh hati seorang lelaki...

Aku sedar.. aku sebelum ini jauh dengan kesyukuran nikmat-Nya..
Aku lupa...segala kenikmatan dan kekuatan diri adalah dari-Nya..
sekarang, aku sedar.. itu hanya bersifat sementara...
Terima kasih Ya Tuhanku.. Engkau telah memberi kesedaran awal padaku..

Bismillahirrahmanirrahim...

" Ya Allah Ya Tuhanku.. dengan hati yang tulus dan rendah diri..
Aku mohon drpd-Mu keampunan dari segala dosa dan kekurangan diriku..
Aku sedar, aku banyak melakukan dosa terhadap-Mu...
Ku mohon drpd-Mu ya Tuhanku.. ampunkanlah dosa-dosa ku..
Kerana Engkau sahajalah yang Maha Pengampun..

Ya Allah,Tuhan yang menguasai Arays.. dengarkanlah rintihan hati hamba-Mu ini..
Hidupku hanyalah sementara di dunia ini... Ku pohon dari-Mu, berikanlah
Kesempatan untuk aku merasai kebahagiaan dan ketenangan dengan ' Teman Hatiku'..
Ku mohon agar Engkau kekalkanlah hati kami Dunia Akhirat..
Ya Tuhanku.. Engkau telah menanamkan begitu besar dan dalam perasaan
Cinta, rindu, dan sayang antara sesama manusia.. Maka ku pohon dari-Mu..
janganlah lagi Engkau pisahkan hati setelah Engkau menemukan aku dengannya...
Jadikanlah dia wanita terakhr dalam hidupku untuk ku bercinta, menjadi
Suaminya dunia akhirat..
Jadikanlah aku lelaki terakhir dalam hidupnya, tempat dia bercinta,
Dan menjadi suaminya dunia akhirat..
Ya Tuhanku.. Perkenankanlah permintaan hamba-Mu yang menyesali segala dosanya..

Ya Tuhanku.. ampunkanlah dosa kedua Ibu-Bapa kami..
Limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu ke atas Ibu-Bapa kami..
Jauhkanlah azab kubur dan neraka dari keluarga kami..
Tempatkanlah keluarga kami di sisi Engkau bersama orang yg Engkau redhai...

Ya Tuhanku..Ampunkanlah dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat
Samada yang telah tiada atau yg masih ada..
Kembalikanlah kekuatan umat Islam semula demi-Mu ya Tuhanku..
Limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu ke atas semua umat Islam
Samada yang masih hidup atau yg telah meninggal dunia...

Ya Tuhanku...semoga Engkau mendengar dan perkenankan hajat hamba-Mu ini..
Moga keberkatan-Mu mengiringi segala hajatku ini...
Berikanlah kepada ku dan kawan-kawanku kejayaan dalam menimba ilmu
di Universiti Malaysia Sarawak ini...''

Amin..Amin..Amin..

( kpd kawan2 yg mmbaca luahan isi hati ini,doa2kanlah aku jua..kerana kesetiaan adalah kunci kejayaan dunia akhirat..moga kita semua ditempatkan dalam syurga yg penuh dgn Kenikmatan
abadi..)

No comments:

Post a Comment