Wednesday, April 1, 2009

Manusia dituntut supaya tabah hadapi ujian hidup di dunia

MANUSIA berketrampilan dan berinovasi sentiasa sabar menghadapi apa juga konflik sama ada dalam rumah tangga, di tempat kerja mahupun apabila difitnah orang yang buruk sangka. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah instrumen paling penting untuk setiap makhluk ciptaan-Nya menghadapi ujian yang Dia berikan demi menguji keimanan.

Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Allah ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat Allah.

Firman-Nya yang bermaksud:
“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)


Sering kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah hingga kadangkala kita sudah tidak mampu mendengar perkataan sabar apabila terlalu sering diulang oleh taulan yang tidak tahu memikirkan jalan penyelesaian masalah dihadapi.

Banyak kali pula kita meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan, ketika mereka sudah tidak ingin mendengar lagi apa yang ingin kita katakan kerana tekanan perasaan.

No comments:

Post a Comment