Assalamualaikum....
Setiap manusia yg dijadikan mempunyai sifat lemah, kasar, kuat dan berani.. Tuhan menjadikan setiap manusia cukup sempurna...punyai fikiran yang dapat membezakan yang baik dan yang buruk...
Setiap manusia yang dijadikan mempunyai satu organ yang paling sensitif...berlemak,hitam... namun di dalamnya disitulah Maha Pencipta menanamkan satu " Perasaan " yang dapat manusia merasai .. sedih..gembira..suka..duka..pahit..manis...pedih...
Ya Allah.... betapa agungnya setiap apa yang Kau jadikan..betapa aku bersyukur dengan segala nikmat dan kesempatan hidup yang Kau berikan padaku... Kau telah menanam satu perasaan yang cukup aneh.. tetapi ia menjadi buruan setiap yang bergelar manusia.. iaitu...cinta.
Kau jadikan hatiku begitu setia pada gelaran Cinta ini... Kau jadikan hatiku begitu lembut.. jiwaku begitu mudah tersentuh kerana panahan Cinta...pada manusia... Ya Allah... aku bersyukur krn ini sifatnya yang Kau berikan padaku... Kau jadikan hatiku sukar tuk berpisah dengan orang yang telah Kau tentukan.. begitu kuat ikatan yang Kau tanamkan dalam hatiku..
Ya Allah..
aku sebagai insan yang terlalu kerdil dan hina... memohon agar apa yang telah Kau tanamkan dalam hatiku ini untuknya... Kau kekalkanlah sebagai satu ketetapan dari-Mu sebagai jodoh hingga ke akhir hayatku... izinkanlah aku terus menikmati perasaan yang Kau telah tanamkan dalam hatiku ini buat sementara waktu di dunia yang sementara ini bersama dengan teman dan suri hatiku yang Kau pertemukan denganku...
Janganlah Kau pisahkan hati kami...Janganlah Kau pisahkan hati kami.... Aku berdoa dengan tulus hati... agar biarlah ia hanya dipisahkan hanya dengan ketentuan ajal maut sahaja... Kau telah jadikan hatiku sebagai ' SETIA ' pada Cinta manusia... jadikanlah hati kami umpama hati bapak dan ibu kami... iaitu Nabi Adam as dan Siti Hawa.... jadikanlah hati kami saling setia mengikat tali percintaan dua manusia yang telah Kau tentukan jantina yang saling memerlukan...
Cinta ini mengajarku erti sebuah perhubungan antara dua hati lainan jantina... setiap perhubungan.. pasti ada ujian dan dugaan dari-Mu...... ujian tuk menguji kesetiaan hati dan kejujuran perasaan terhadap dua pasangan... namun bagiku...itu semua bagaikan sebuah pedang yang tajam sedia untuk mencincang-cincang naluri hatiku secara batin...
Betapa Kau mengetahui Ya Allah apa yang aku rasai sekarang..... semoga Kau kuatkan hatiku untuk menempuh segalanya dan mempertahankan Cinta dan jodoh yang Kau ketemukan aku dengan dia..... Amin.....
I Brake for Gringos ()
-
I Brake for Gringos Movie HDFull I Brake for Gringos Movie with duration
120 Min and released on with MPAA rating is 0.
- *Original Title :* I Brake...
9 years ago
No comments:
Post a Comment